Monday, June 25, 2007

Kisah Benar Panduan Untuk Kaum Hawa..

Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US , memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut dan terkesima bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI: (ULASAN OLEH BLOGGER TERSEBUT)
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah amalkannya.
Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Source: From Email

Tuesday, June 19, 2007

Servis Kereta dan Motor

Tengah hari ahad lepas. Ada masa lapang, pegi lah servis kereta, tukar minyak gear. Sbb rasanya dah lama. Pdahal xlah lama sgt. Biasanya buat kat kedai cina di pekan subang tu. Tp saja nak tukar angin. G kedai melayu.

Woi, kena rm60. Tp minyak mahallah. Kedai tu xder jual minyak murah. canggih siot. Geram juga, sekali ganda tu kena bayar. Rasanya x mahu lah pergi situ lagi.

Pagi ahad pula, servis motor. Kira puas hati lah dia buat. Buat dekat kedai motor melayu depan sekolah kebangsaan melayu subang. Rasanya tokei dia tu bekas cup prix. Menang2 lak tu. Sbb dia tampal surat khbar cerita kenaan dia. Tp apapun aku x kenal :)

Kena caj rm40.
Servis - 15
Tukar Batang Tiup - 7
Penyampul kerusi motor - 18

Kira oklah, berpatutan.

Horey!!!!!!!!

Honeymoon lagi - Genting Highland

Yes, best giler
Tp yg x best nyer, tetiba lampu merah. Uwarghh

Pergi hari Khamis 14 Jun 2007, balik kerja, makan makanan isteri masak, sembahyang, siap then terus pergi. Sampi lebih kurang pukul 12am. Naik kereta kabel lagi tu. Tambang rm10 pergi dan balik.

Pagi2 bangun, layan pemandangan sekejap!
Then breakfast dan masuklah kat dalam Outdoor Themes. Seronok, tp main x puas sbb x de geng sgt. Pegi dengan isteri, jd mana lah isteri aku nak layan barang extreme2 itu. Feminin lah kan!

Lps dah ptg, hujan lagi, then balik rumah.

Kira best lah.

Saturday, June 16, 2007

Petikan Berita daripada Bernama - UMNO and ICASH Card

Kuala Lumpur- UMNO will issue membership card o­nly to members who have registered as voters beginning next year.

According to UMNO Executive Secretary, Brg. Jen. (R) Datuk Paduka Husainay Hashim, the party has some 3.2 million members of whom about 600,000 have yet to register as voters.

The UMNO membership cards will have a feature allowing members to garner points from shopping at a network of supermarkets in the country.

In July 2005, UMNO and I-Cash Global Rewards Sdn Bhd signed an agreement to give cardholders certain privileges, including points, when they shop at outlets registered with the company.

Hari Pelancaran Kad Keahlian UMNO dengan loyalty ICASH Card

Pelancaran di adakan di Penang oleh presiden parti.
Tunggu2 juga daripada berita, nak tengok mana tahu ada kawan masuk kat tv.
Tp xder pun.

Mungkin sbb x tengok berita pun hari ini.

Hari ini, sepatutnya kalau di ikutkan perancaran
Pak lah akan menggunakan system yg sy bina iaitu POS System (Just for Demo), Virtual Terminal dan Member Login for ICASH Card.

Ke tiga2 program itu sy buat seorang2 sahaja.
Ok tak? Caya lah.

Bangga juga lah, bila ketua negara menggunakan program yg dibina oleh saya sendiri!
Horey

Servis Kereta Ku

Pakai minyak Castrol yang sederhana dengan harga RM52 (agaknya lah) + Oil Filter RM8.
Telah ditukar hujung minggu lepas.

Dan hari ini, td, baru je g amik free give payung

Haha, Horei

Hari yang Bosan telah kembali

Haha, tatkala ini Isteri saya dah pun pulang kembali ke Sabah. Nak buat mcm mana, kalu ikutkan hati memang x bagi dia pergi. Naik AirAsia Flight kol 8.20PM, setelah di tangguh kan 2 kali - nasib baik tangguh selama 2 jam sahaja.

Sekarang dah nak sampai kot!


Dan di Blog ini, maka dah 3 minggu x di update - bersammaan dengan cuti Isteri saya.

K, Welcome the Bring Days!