Monday, November 22, 2010

Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa

Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa

Baru kejap berlaku Gempa gegar tiga negara - China, Russia, Korea Utara

BEIJING: Gempa kuat berukuran 6.8 mangnitud menggegarkan tiga negara - China, Russia dan sempadan Korea Utara, awal hari ini.

Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa jam 9.15 pagi waktu tempatan itu menggegarkan banyak bangunan pejabat di Beijing dalam tempoh melebihi satu minit.

USGS berkata, gempa berpusat di pesisir pantai Russian dan Jepan di 98 kilometer (km) di barat Vladivostok, Russia dan 110km di timur bandar Yanji di utara Wilayah Jilin di China.

Seorang pegawai bencana/gempa di Wilayah Jilin berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat terkini mengenai kejadian itu, termasuk mangsa dan kerosakan yang berlaku. - AP

Subject: Sila Baca Tarikh Disini Dan Fikirkanlah Kerana Dunia Di Penghujung Nyawa (27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"

Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari
JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita
ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular
skarang nie......


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Stealing by expired credit cards & others

This is a new one. People sure stay busy trying to cheat us, don't they?

SCENE 1.

A friend went to the local gym and placed his belongings in the locker.
After the workout and a shower, he came out, saw the locker open,
and thought to himself, 'Funny, I thought I
locked the locker..
Hmm, 'He dressed and just flipped the
wallet to make sure all was in order.
Everything looked okay - all cards were in
place..
A few weeks later his credit card bill came - a whooping bill of
$14,000!

He called the credit card company and started yelling at them, saying
that he did not make
the transactions.

Customer care personnel verified that
there was no Mistake in the system and asked
if his card had been stolen..

'No,' he said, but then took out his
wallet, pulled out the credit card, and yep -
you guessed it - a switch had been made.

An expired similar credit card from
the same bank was in the wallet.

The thief broke into his locker at the gym and switched cards.

Verdict: The credit card issuer said since he
did not report the card missing earlier, he would have to pay the amount
owed to them.

How much did he have to pay for items he did not buy?

$9,000! Why were there no calls made to
verify the amount swiped?

Small amounts rarely trigger a 'warning bell'
with some credit card companies.

It just so happens that all the small amounts added up to big one!

============================

SCENE 2.

A man at a local restaurant paid
for his meal with his credit card.

The bill for the meal came, he signed it and the waitress folded the
receipt and passed the credit card along.

Usually, he would just take it and place it in his wallet or pocket.
Funny enough, though, he actually took a look at the card and, lo and
behold, it was the expired card of another person.

He called the waitress and she looked perplexed.

She took it back, apologized, and hurried back to the counter under the
watchful eye of the man.

All the waitress did while walking to the counter was wave the wrong
expired card to the counter cashier, and the counter cashier immediately
looked down and took out the real card.

No exchange of words --- nothing! She took
it and came back to the man with an apology..

Verdict:

Make sure the credit cards in your wallet are yours.

Check the name on the card every time you
sign for something and/or the card is taken
away for even a short period of time.

Many people just take back the credit card without even looking at it,
'assuming'
that it has to be theirs.

FOR YOUR OWN SAKE, DEVELOP

THE HABIT OF CHECKING YOUR CREDIT CARD EACH TIME IT IS RETURNED TO

YOU AFTER A TRANSACTION!


==========================

SCENE 3:

Yesterday I went into a pizza restaurant to
pick up an order that I had called in.

I paid by using my Visa Check Card which, of
course, is linked directly to my checking
account.

The young man behind the counter took my
card, swiped it, then laid it on the counter as
he waited for the approval, which is pretty standard procedure.

While he waited, he picked up his cell phone
and started dialing.

I noticed the phone because it is the same
model I have, but nothing seemed out of the ordinary. ? Then I heard a
click that sounded
like my phone sounds when I take a picture.

He then gave me back my card but kept the phone in his hand as if he was
still pressing buttons.

Meanwhile, I'm thinking: I wonder what he is taking a picture of,
oblivious to what was really going on.

It then dawned on me: the only thing there
was my credit card, so now I'm paying close attention to what he is
doing..

He set his phone on the counter, leaving it
open.

About five seconds later, I heard the chime
that tells you that the picture has been saved.

Now I'm standing there struggling with the
fact that this boy just took a picture of my credit card.

Yes, he played it off well, because had we not
had the same kind of phone, I probably would never have known what
happened.

Needless to say, I immediately cancelled
that card as I was walking out of the pizza parlour.

All I am saying is, be aware of your
surroundings at all times.

Whenever you are using your credit card take caution and don't be
careless.

Notice who is standing near you and what
they are doing when you use your card.

Be aware of phones, because many have a
camera phone these days.

FORWARD THIS TO AS MANY PEOPLE

AS YOU CAN THINK OF. LET'S GET THE WORD OUT! JUST BE AWARE

Never let your card out of your

sight.....check and check again!

Scary, isn't it ?

X rugi baca al-quran

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'
Wasalam

SOLAT ITU BUANG MASA ?

Oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi Telagabiru.net

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada diJepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam. Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:

“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”

Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”

Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.

“ Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatiansecara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan. Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.

“ Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”

“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”

“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.

“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya). Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya ? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya . Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.

“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”

“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.

“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”

“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”

“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.

“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.

“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”

“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.

SOLAT ITU SOAL PERIBADI?

Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.

“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”

“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

“Mengapa?”

“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kitaberniaga…”

“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

“Kemungkaran dalam kerja? Apa tu?”

“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”

“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.

“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.

“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”

Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”

“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakansecara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”

“ Kos … kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya. Kali ini saya pula terdiam.

“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”

“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allahtentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”

“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik.Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata,

“insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”

Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk

dakwah sentiasa terbuka!

Should supporting Proton Car

Mukadimah :
DIRINYA pernah ‘dimalukan’ di depan khalayak ramai. Kualiti produk syarikat yang diterajui dipersoalkan apabila kereta keluaran Proton ditolak oleh sebuah rumah kebajikan ketika mahu didermakan.

``Ini berpunca daripada trauma kualiti buruk Proton yang masih berlegar di ingatan para pembeli,’’ kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh. Beliau merupakan orang kuat Proton yang sebelum ini pernah bersama-sama syarikat itu pada awal hingga pertengahan 1990an, sebelum dipanggil semula oleh kerajaan pada 1 Januari 2008.

Tegas Nadzmi, kenderaan Proton sebenarnya sudah jauh lebih baik kualitinya sehingga turut diakui oleh syarikat asing termasuk Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dari Jepun.

‘‘Sukar untuk mengubah tanggapan orang ramai terhadap Proton, ia tidak mungkin dapat dilakukan dalam satu malam tetapi sebaliknya secara beransur-ansur,’’ kata beliau kepada Wartawan Utusan Malaysia, AINUL ASNIERA AHSAN dan WAN NAJIB WAN DAUD di rumahnya.

Dalam temu bual itu, beliau berkongsi pandangan tentang prestasi, cabaran dan masa depan syarikat yang prestasi kewangannya bertambah baik selepas pada suatu ketika dahulu mengalami kerugian selama tiga suku tahun berturut-turut.


UTUSAN: Kini hampir dua tahun Datuk Seri menyertai semula Proton. Ramai yang sebelum ini menyatakan kehadiran itu bertujuan mengembalikan syarikat ke ‘pangkal jalan’, apa kata Datuk Seri?

Proton sebenarnya bukanlah syarikat yang teruk prestasinya (bermasalah besar kewangan), saya pernah memulihkan syarikat yang lebih teruk, Mara Holdings dan Parkway Bhd. Syed Zainal (Pengarah Urusan) dan pasukannya telah melakukan yang terbaik untuk Proton. Pihak pengurusan hanya perlu sentiasa memberi bimbingan dan sokongan. Keadaannya, macam pertandingan badminton juga, cuma kehendak rakyat kita tidak munasabah, hendak menang semua kejohanan. (Kita patut berbangga), pemain Malaysia, sekurang-kurangnya, kini menjadi pemain nombor satu dunia.

Bagaimana Datuk Seri melihat pencapaian Proton sekarang?

Proton sudah ada peningkatan. Pihak pengurusannya telah banyak melakukan perubahan positif sehingga mencatatkan prestasi kewangan lebih baik. Semua pihak (lembaga pengarah dan pengurusan) sentiasa berganding bahu untuk memajukan Proton dengan lebih cepat ke arah memastikan masa depan Proton terus kukuh.

Sejauh mana tahap penguasaan pasarannya sekarang?

Kami kini menguasai 29 peratus pasaran. Pada tahun ini, kami berjaya mencatatkan jualan tertinggi berjumlah 580,000 buah. Kami perlu pertahankan dan meningkatkan penguasaan ini dengan melaksanakan strategi meluaskan model-model baharu termasuk bekerjasama dengan pengeluar pengeluar peralatan asli (OEM) yang lain. Mengapa kami perlu membiarkan peluang berkerjasama (direbut oleh pihak lain) sedangkan ia adalah bisnes kita?

Proton, baru-baru ini dihentam kerana menjenamakan semula (rebadge) Mitsubishi Lancer kepada Proton Inspira. Apa komen Datuk Seri?

Kami mempunyai model pengeluaran yang dibahagi kepada dua iaitu model induk dan model bukan induk yang melibatkan jualan model bukan berskala ekonomi. Dalam model bukan induk, contohnya adalah kereta Inspira.

Jika kami mahu keluarkan kereta model baharu, Proton memerlukan kos yang besar. Jadi, dalam kes kereta Inspira, kami bekerjasama dengan MMC supaya kosnya rendah dan kita juga meraih jualan yang baik.

Untuk apa kami melabur besar-besaran sekiranya untungnya kecil. Lagipun, produk kami lebih mudah untuk dipasarkan, kalau tidak laku pun, kami boleh undur diri dengan lebih cepat. ini adalah keputusan perniagaan.

Ini adalah pendekatan biasa yang bukan hanya dilakukan oleh Proton tetapi juga semua pengeluar kereta dunia seperti Ford dengan Mazda, Nissan dan Renault. Dengan cara ini kita dapat mengeluarkan model bukan induk yang mungkin tidak besar jualannya tetapi mampu diraih manfaatnya.

Kenapa usaha yang dilakukan Proton sahaja dipertikaikan sedangkan pengeluar lain tidak pula dipersoalkan?

Saya tidak mahu komen mengenainya.

Benarkan usaha menjenamakan semula ini akan menghilangkan identiti Proton sebagai pengeluar kereta nasional?

Tidak dinafikan bahawa model asas Inspira adalah diambil daripada model (Mitsusbishi) Lancer tetapi reka bentuk dan gayanya telah diubah supaya lebih kepada ciri-ciri keluarga Proton. Kami juga mewujudkan beberapa spesifikasi baru yang tiada padanya seperti penggunaan pengelap cermin (wiper), lampu dan paddle shift.

Inspira juga dipasang di kilang di mana model Proton Exora dikeluarkan dan MMC sendiri memperakui model yang kami pasang adalah lebih baik berbanding yang diimport. Malah, pemanduan dan pengendalian menggunakan kepakaran Lotus. Ini menjadikan Inspira lebih menyerlah. Langkah itu juga bukan makna Proton mengundur ke belakang tetapi ia menjadi strategi Proton memajukan model secara bersendirian dan menambah model-model baru bukan induk melalui kerjasama syarikat pengeluar kereta lain di seluruh dunia.

Jadi, ini bermakna Proton Inspira akan menjadi langkah pertama untuk usaha yang sama pada masa depan?

Penjenamaan semula model adalah amalan yang lazim di dunia, tiada bezanya dengan Proton. Saya boleh nyatakan di sini, kerjasama itu tidak terhad kepada MMC sahaja.


Copied from Utusan.com



Monday, November 15, 2010

MENGENAL MADU ASLI

1. Semut bukan tak makan madu tetapi semut tu akan mati sebab madu tu panas melainkan semut tu dapat minum air cepat, Jadi biasanya instinctnya tak minum madu.

2. Madu tak akan basi selama-lamanya.

3. Warna madu berubah ikut musim bunga pokok. Ada madu yang gelap dan ada agak cerah sedikit [ gelap sedikit dari warna minyak kelapa ]

4. Kemanisan madu bercampur sedikit rasa masam dan bila minum rasa ada berkuap / pressure dan 'panas sikit' ketika melalui kerongkong.

5. Ada madu yang pekat [ tua ] macam minyak pelincir [50-79w]. dan ada yang kurang pekat.[15-25] Tidak ada madu yang cair seperti air.

6. Kalau simpan terlalu lama mungkin ada sedikit lapisan sediment iaitu bermacam mineral dan ash yang ada dalam madu. Ia tak kan berbekas pada container kacteramat nipis saja.

7. Buih madu tidak putih tetapi kekuningan [ kalau putih tu gula ]

8. Benda terapung tu biasanya lilin dari sarang lebah.

9. Madu tidak menyerap kertas. Kalau sapu kat rokok, rokok masih menyala kerana tembakaunya kering.

10. Tidak mudah mengambil madu apa lagi madu lebah liar / hutan. Kalau dijual sebotol 1kg RM 200 pun boleh beli kerana banyak sekali khasiatnya.

11. Yang biasa dijual tu madu lebah bel / ternak. Diberi makan air gula dan masih ada juga madu bunga-gunga yang boleh didapatnya. Kira boleh lah berbanding air gula.

12. Madu Asli banyak gunanya selain kesihatan badan boleh guna jika ada penyakit kulit, kudis, sakit mata. Boleh makan dengan telur dan banyak lagilah khasiatnya. Telur tu boleh masak hanya dicampur madu.

PENIPUAN

Biasanya penipuan dilakukan dengan menggunakan air gula batu dimasak dengan nenas masak hingga rupanya kemerahan gelap macam madu asli. Mereka masukkan sedikit madu asli dan sarang lebah agar menimbulkan aroma madu...Bila simpan gula akan mendap dan nampak dengan jelas. Merbahaya jika diamalkan boleh kena diabetes sedangkan madu boleh mengubati diabetes.


Sekianlah maklumat yang saya tahu sebab arwah abpa saya dahulu kerjanya mencari madu lebah hutan.

Nota: Saya hairan madu ni kalau kita makan badan yang panas [ internal heat ] akan jadi normal. Badan yang sejuk akan jadi panas [ normal ] Baik sekali untuk wanita kerana ada wanita / isteri yang 'bahagian penting' nya rasa 'sejuk' akan hangat membara.

Cuba baca Surah an Nahl. Disana ada cerita lebah..Dapat diibaratkan lebah ni macam 'Doktor' yang Tuhan utus untuk pengobatan manusia. Lebah ni macam kilang yang membuat ramuan dan menghasilkannya dalam bentuk madu untuk munafaat manusia.

Wallahu'lam.

Copied from other site