Tuesday, July 6, 2010

Sotong Jerman pilih Sepanyol - World Cup Semi Final

I Copied this news because its attract me
How come people can believe like this but kebetulan betul lak tu
Ok we will see this night is this predictable will true

_______________
____________________________________________________________

BERLIN - Sotong kurita yang meramalkan semua perlawanan melibatkan Jerman pada Piala Dunia 2010 dengan tepat, semalam memilih Sepanyol akan memenangi perlawanan separuh akhir menentang Jerman, Khamis ini.

Sotong bernama Paul, yang berusia dua tahun dan berasal dari England, bertukar menjadi selebriti selepas membuat tekaan seratus peratus tepat dalam semua lima perlawanan melibatkan Jerman, termasuk saingan suku akhir menentang Argentina, yang menyaksikan mereka menang besar 4-0.

Lebih menarik, sotong yang kini ditempatkan di sebuah akuarium di Jerman meramalkan Serbia akan mengalahkan Jerman pada saingan Kumpulan D dan pasukan itu benar-benar kalah 0-1.

Selasa lalu, Paul diberi pilihan untuk memilih makanan yang diletakkan dalam dua bekas plastik berbeza di dalam akuarium, setiap dua plastik itu mengandungi bendera Argentina dan Jerman.

Bekas plastik yang pertama dibuka Paul dikira sebagai pilihan yang dibuatnya. Paul berlegar-legar di dalam akuarium dengan berhati-hati dan mengambil masa selama 45 minit untuk membuat keputusan, sebelum memakan makanan di dalam bekas yang mengandungi bendera Jerman.

Keputusan yang dibuat terlalu lama itu telah memberi anggapan bahawa Jerman akan beraksi dengan sukar dalam perlawanan tersebut, sama ada ia akan berlarutan sehingga masa tambahan atau penalti, namun Jerman menang mudah 4-0.

Sebelum perlawanan pusingan kedua antara Jerman dengan England, Paul memilih dengan pantas makanan yang mengandungi bendera Jerman, sekali gus ia memberi petanda bahawa Jerman akan mencatat kemenangan mudah dan ia ternyata benar.

"Ia mengambil masa yang lama untuk Paul memilih bagi perlawanan Argentina-Jerman, walaupun dia telah membuka bekas plastik Jerman," kata jurucakap wanita, Sea Life, Tanha Munzig baru-baru ini.

Munziq berkata, ia berbeza dengan pertemuan menentang England, di mana Paul hanya mengambil masa hanya beberapa saat untuk memilih bekas makanan Jerman. Munzig menyangkal dakwaan bahawa bekas makanan itu telah diubahsuai.

Setiap makanan dan bekas makanan telah disusun seperti sama seperti Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), ada pasukan tuan rumah dan pelawat. - Agensi

No comments: